Monday, June 7, 2010

Misi Aman ke Pekan Mundok Thailand.

Selepas misi ke pekan Golok April lepas, Hari ini aku membuat misi kedua. Halatujunya ialah pekan Mundok, Thailand. Mengambil kesempatan sempena hari Nat di sana pada setiap Isnin dan Jumaat. Tujuan masih lagi sama, mencari arnab lop ear dengan harga murah.

Kali ini aku pergi bertemankan seorang kenalan ditempat kerja yang biasa ke sana. Bertolak pada jam 9 pagi, aku sampai di pengkalan untuk menyeberang berhampiran KG Jeram Perdah, 45 minit kemudian.

Terdapat beberapa buah kedai yang menjual haiwan peliharaan. Majoriti kedai hanya menjual burung dan produk berkaitan burung.Hampa....hanya ada sebuah kedai yang menjual arnab. Namun pilihannya tidak banyak. Niat untuk mendapatkan arnab terpaksa ku batalkan.

Walaupun tiada arnab untuk dibeli, aku cukup tertarik dengan satu spesies itik yang di gelar Belibis. Harganya juga sangat murah. Jadi apa lagi.. Tiada arnab, itik pun jadi...