Diari

Tuesday, May 11, 2010


Menyambung Ukhwah

11 Mei 2010

Alhamdulillah, selepas berjumpa dengan en.Azhar(arnabmanja), hari ini aku berpeluang berjumpa en. Fahmie(arnab kiut). Mencuri sedikit masa ketika isteri tercinta sedang exam, aku ke Sunga Mulia Gombak. Nasib baik kawasan tersebut agak biasa bagiku kerana sering aku gunakan untuk ke Taman Melewar semasa hayat studentku.

Walaupun tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus yang beliau anjurkan, namun pertemuan empat mata yang berlangsung amat membuka minda. Banyak lontaran pendapat dan idea dari beliau. Yang pastinya dunia penternakan arnab akan menjadi sebahagian hidupku.


KL 09 Mei 2010

Hari ini dah masuk 2 hari aku berada di PPUM. Menjadi teman isteri tercinta menduduki peperiksaan. Maknanya sudah 2 hari jugalah aku meninggalkan anak2 serta arnab kesayangan.

Apa yang dibimbangi ialah arnab yang berada di rumah. Maklumlah ketiga-tiga orang anakku ditinggalkan di Kampung (termasuk Haziq yang baru berusia 2 minggu) ada yang menjaga mereka. Tetapi arnab kesayangan hanya akan dijenguk abang iparkuesok hari.

Walaupun untuk air dan makanan telah dibuat sistem yang memungkinkan mereka ditinggalkan, keberkesanannya belum dapat dipastikan. Namun sebarang kegagalan mahupun kejayaan pasti di kongsi. Kita berusaha, selebihnya terletak pada yang Maha Kuasa


Misi ke Pekan Golok 19 April 2010

Dibayangi ketakutan dengan pergolakkan di selatan Thai, namun kerana minat aku beranikan diri ke pekan Golok. Tujuan ku hanya satu. Beli arnab Lop ear. Bertolak dari rumah ku di KB lebih kurang pukul 11am. . Dalam perjalanan hatiku berbelah bagi. Libang libu rasanya hati. Takut beb. Dibuatnya ada bom meletup kat sana tak ke naya. Kalau tidak pun dibuatnya orang siam sajer nak buat jahat, disamunnya kita. Ish.

Aku kuatkan semangat. Kata orang, pendapatan utama penduduk Golok  adalah dari rakyat malaysia. So mereka takkan buat khianat. Mereka nak jaga periuk nasi mereka. Aku tiba di Pekan Rantau Panjang pada jam 11.45. Selepas parking kereta aku terus ke pengkalan di sungai golok. Ada beberapa anggota PGA berkawal. Aku naik bot galah dengan tambang seringgit, sampai seberang. Ada pulak pos kawalan keselamatn Thai. Debaran jantung tuhan jer tahu. Maklumla tak biasa buat benda haram ni. Ye la. tak pakai pasport mahupun border pas. Mamat thai tu mintak IC ngan aku. Argh sudah. Aku ingatkan apsal. Rupanya ada borang yang dia kena isi.

Selepas pos kawalan tersebut, dah ada motosikal yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Aku minta dihantarkan ke kedai yang jual arnab. Aku ingatkan ada banyak kedai yang menjual arnab di pekan Golok ni. Rupanya hanya ada 2 kedai haiwan dan hanya satu kedai yang ada menjual arnab. Nasib aku agak baik. Ada dua ekor arnab Lop Ear. Tokey tu kata sepasang jantan betina. Untuk kepastian aku check sendiri. Alaa.. dua-dua jantan. Nampaknya sekor je yang jadi rezeki aku. Niat hati nak beli nipple untuk air tapi hampa. Peralatan sebegitu tiada dijual.  Lepas bayar aku terus minta abang motor hantar aku ke pangkalan. Lepas ambil balik IC aku terus naik bot balik semula ke Rantau panjang. 

Petang tu bini aku terkejut bila tengok ahli keluarga arnab yang baru. Lagi terkejut beliau bila aku bagitau arnab tu MADE IN THAILAND dan aku beli di pekan Golok.