Friday, December 24, 2010

Berapa Harga????

Isu harga arnab dilihat semakin diperkatakan oleh kebanyakkan penternak arnab. Ini berikutan adanya penternak yang mampu menawarkan dengan harga yang lebih baik atau dengan kata lainnya harga lebih murah.

Sekiranya mengikut teori ekonomi, harga ditentukan mengikut penawaran dan permintaan. Sekiranya permintaan tinggi tetapi bekalan kurang, ia bakal meningkatkan harga dan begitu juga sebaliknya. Harga juga boleh ditentukan sendiri oleh pengeluar (dalam isu ini penternak arnab) berdasarkan kos menghasilkan produk dan margin keuntungan yang ingin diperolehi.

Di Kelantan, penawaran anak arnab untuk peliharaan semakin meningkat. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penternak untuk mendapatkan pasaran tempatan. Namun ia diimbangi oleh kos semasa yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya harga arnab di sini dijual dengan harga yang murah.

Secara positifnya, isu harga ini patut diambil kesempatan oleh peniaga arnab di negeri lain. Dapatkan arnab harga murah di Kelantan dan pasarkan di tempat masing-masing. Harga arnab yang murah ini juga merupakan satu penanda yang baru untuk penternakkan arnab. Arnab yang semakin banyak diternak boleh mula dipasarkan dalam bentuk yang lain. Mungkin cita-cita En. Fahmi(arnabkiut) memulakan industri burger boleh dimulakan. Penternak arnab tidak boleh lagi mengharapkan pasaran untuk hiasan dan peliharaan semata.

Kesepakatan juga boleh dibuat dengan mewujudkan jaringan perniagaan. Ada yang hanya memelihara dan membiakkan arnab, ada yang bertindak memasarkan arnab, ada yang mengusahakan daging arnab serta pelbagai produk hiliran arnab yang lain.

Oleh itu, buat semua penternak arnab, jom kita kearah yang seterusnya.......


Wednesday, December 15, 2010

Makanan Kucing Bukan untuk Arnab

Di rumahku, terdapat beberapa ekor arnab yang aku berikan keistimewaan. Mereka dilepaskan bebas di luar sangkar. Bebas untuk makan disekitar rumah, merayap, membaja. Tambahan pula, telah menjadi suatu keasyikan bagiku disetiap waktu lapang, melihat telatah mereka.

Turut bebas bersama arnab-arnab ini ialah Leeya, si kucing. Makanan mereka memang aku letakkan tersedia. Sebekas makanan kucing untuk Leeya dan sebekas lagi pelet arnab. Arnab-arnabku ketika itu masih kekal dengan diet asal mereka selaku herbivor. Namun beberapa hari lepas, aku mula terperasan, ada diantara arnab aku mula menukar diet mereka. Makanan Leeya habis sekelip mata dikerumun mereka. Mulanya aku tak kisah. Yang terpikir cuma satu, pertambahan budget untuk makanan kucing.

Petang semalam baru terlintas dibenak kalbuku, selamat atau tidak arnab makan makanan kucing. Jadi internet lah tempat rujukannya.

Bahaya. Itulah kesannya makanan kucing sekiranya dijadikan diet utama untuk arnab. Makanan kucing ataupun anjing disediakan khas untuk haiwan karnivor. Ia mempunyai kandungan lemak dan juga protein yang tinggi dan tidak sesuai untuk haiwan herbivor seperti arnab. Walaupun dengan memakan makanan kucing atau anjing dalam jumlah yang kecil tidak menunjukkan sebarang tanda masaalah, namun dalam jangka panjang ia memberikan kesan kepada arnab.

Kandungan protein yang tinggi akan merosakkan buah pinggang arnab. Kesan sampingan yang lebih teruk bagi arnab yang makan makanan kucing atau anjing ialah ganguan kepada flora dalam sistem pencernaan arnab yang boleh membawa kepada masaalah pencernaan dan juga kematian.

Jadi sebagai pengajaran, jauhkan makanan kucing atau anjing anda daripada arnab.

Friday, October 29, 2010

KASIHAN SI ARNAB

Selain memelihara haiwan, hobi lainku turut termasuk membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan haiwan. Tak kira samaada zoo, pets shop, reban ayam mahupun kandang kambing orang akan aku terjah. bukannya hapa kalau tak dapat ternak sendiri, boleh tengok yang orang ternak pun takpolah...

Dalam aku meninjau kedai-kedai haiwan peliharaan yang ado kek area Kota Bharu skang nih, sedeyy raso hati den. kasihan pun ado. Pertamanya harga arnab yang dijual sangat melampau murahnya. Memang lah dari segi baka sudah tentunya confirm bukan pure bread. Kebanyakkannya merupakan baka teddy bear. Jantan betina usah ceritolah. Memang tak pasti jantinanya.

Pasal harga tidaklah terlalu meruntun hati dan perasaanku. Namun penjagaan yang diberikan kepada arnab yang dijual sangat minima. Anak anak arnab yang pada kiraanku berumur antara 3 ke 4 minggu diletakkan berhimpit-himpit . Ada sesetengah kedai mencampurkan anak arnab yang dijual bersama arkus, bersesak-sesak di dalam sangkar yang sempit.
Ada juga kedai yang menjual arnab dewasa. Bulunya berpintal-pintal dan bergumpal. Kulitnya berkerutu dan berkudis. kurus melampong. Apabila diperiksa bahagian dalam telinga penuh dengan keruping. Pada hematku mungkin telah terkena jangkitan kutu/hama. Semuanya langsung tidak diendahkan oleh si penjual. Apabila ditegur, sipenjual memberi respon acuh tak acuh.
Tambah membengangkan hati dan perasaan ialah sikap pembeli. Pilih-pilihlah sikit haiwan yang nak dibeli. Jangan fikir pasal harga semata. Yang bengangnya, masa beli tau pilih tempat yang murah. Tapi time arnab ada masaalah, yang dicari, kitaaaa jugak.
Bagi penjual pula. Jangan la tau nak kaut untung semata. Aku selalu berpesan kepada diri aku sendiri. Arnab yang dipelihara banyak membantu diri aku. Selain kewangan, ku peroleh ketenangan. Masa gembira banyak dikongsi bersama keluarga dengan arnab yang dipelihara. So sebagai balasannya. Arnab yang dipelihara ku jaga sebaiknya.
So kepada sumer, Sayangilah haiwan peliharaan korang.

Monday, June 7, 2010

Misi Aman ke Pekan Mundok Thailand.

Selepas misi ke pekan Golok April lepas, Hari ini aku membuat misi kedua. Halatujunya ialah pekan Mundok, Thailand. Mengambil kesempatan sempena hari Nat di sana pada setiap Isnin dan Jumaat. Tujuan masih lagi sama, mencari arnab lop ear dengan harga murah.

Kali ini aku pergi bertemankan seorang kenalan ditempat kerja yang biasa ke sana. Bertolak pada jam 9 pagi, aku sampai di pengkalan untuk menyeberang berhampiran KG Jeram Perdah, 45 minit kemudian.

Terdapat beberapa buah kedai yang menjual haiwan peliharaan. Majoriti kedai hanya menjual burung dan produk berkaitan burung.Hampa....hanya ada sebuah kedai yang menjual arnab. Namun pilihannya tidak banyak. Niat untuk mendapatkan arnab terpaksa ku batalkan.

Walaupun tiada arnab untuk dibeli, aku cukup tertarik dengan satu spesies itik yang di gelar Belibis. Harganya juga sangat murah. Jadi apa lagi.. Tiada arnab, itik pun jadi...




Monday, May 31, 2010

Mengurus Induk Enggan Menyusukan Anak.


Anak arnab bergantung seratus peratus kepada susu ibu sehinggalah berusia sebulan. Namun begitu terdapat sesetengah kes, terutamanya ibu arnab yang muda dan pada kelahiran yang sulung, ibu arnab tidak mahu menyusukan anaknya.

Masaalah yang sama turut aku hadapi pertama kalinya pada 21 April lepas. Seekor arnab peliharaan melahirkan anak tanpa dijangka. Tambahan pula ibu muda tersebut langsung tidak menunjukkan tanda untuk beranak. Selepas beranak, ibu muda tersebut langsung tidak menghiraukan anak-anaknya. Untuk menyusu jauh sekali.

Pada mulanya aku berusaha memegang ibu tersebut bagi memberikan kesempatan kepada anak-anaknya menghisap susu. Boringnya!!!!! Akalku berputar ligat. Idea!!!! Allah telah menjadikan setiap makhluk mempunyai naluri. Contohnya, pokok mempunyai naluri mendapatkan air. Maka akarnya akan bergerak kearah kawasan berair. Begitu juga haiwan, telah tersedia naluri untuk menyusu sejak lahir. Apabila lapar mereka akan mencari puting untuk dinyonyot. Dari situlah ideaku bermula.
Sebuah kotak baru aku sediakan. Tertutup keseluruhannya beserta pintu yang boleh dibuka tutup. Setiap hari ibu arnab tersebut aku kurung bersama dengan anak-anaknya selama dua jam.
So.. Nak tak nak ibu muda tersebut terpaksa berada di dalam kotak anaknya. Maka ia memberikan kesempatan buat si anak untuk menyusu.

Tuesday, May 11, 2010

Menyambung Ukhwah

Alhamdulillah, selepas berjumpa dengan en.Azhar(arnabmanja), hari ini aku berpeluang berjumpa en. Fahmie(arnab kiut). Mencuri sedikit masa ketika isteri tercinta sedang exam, aku ke Sunga Mulia Gombak. Nasib baik kawasan tersebut agak biasa bagiku kerana sering aku gunakan untuk ke Taman Melewar semasa hayat studentku.

Walaupun tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus yang beliau anjurkan, namun pertemuan empat mata yang berlangsung amat membuka minda. Banyak lontaran pendapat dan idea dari beliau. Yang pastinya dunia penternakan arnab akan menjadi sebahagian hidupku.

Tuesday, April 6, 2010

Selamat Datang

Arnab Kasih merupakan sebuah laman blog untuk berkongsi cerita, pendapat serta pengalaman dalam pemeliharaan arnab. Segala pengalaman seharian yang meliputi Diari, Perawatan dimuatkan untuk tatapan. Kepada peminat arnab yang singgah ke laman ini, selamat datang diucapkan.