Bermula Disini

Arnab mula menjadi sebahagian daripada kehidupan kami sekeluarga pada bulan Januari 2009. Hatiku sangat tertarik melihat gelagat anak arnab disebuah kedai haiwan peliharaan. Tanpa mengetahui jenis dan jantina, sepasang arnab kubeli dengan harga RM80. Tuan kedai hanya maklumkan bahawa arnab tersebut jenis yang berbulu lebat.

Bermula sebagai hobi, minatku terhadap arnab semakin tinggi apabila pencarian berkenaan arnab dibuat melalui internet. Laman-laman blog pencinta arnab yang lain membuatkan aku terasa cemburu. Terima kasih buat semua otai dalam pemeliharaan arnab.