Penjagaan & Perawatan

MALOCCLUSSION

Ini merupakan salah satu kecacatan yang terjadi kepada Kapas, salah sekor arnab yang dipelihara. Gigi kacipnya tumbuh terlalu panjang. Sekiranya dibiarkan mungkin gigi tersebut akan masuk kedalam hidung.

Terdapat beberapa sebab gigi arnab tumbuh sedemikian. Antaranya kecacatan sejak lahir (congenital), kecederaan dan juga akibat jangkitan.

Pada mulanya aku sangkakan pertumbuhan gigi si Kapas ni normal. Hinggalah aku perasan berat badannya tidak naik seperti adik beradiknya yang lain. Aku juga perasan tabiat makannya mula berubah. Kurang selera. Gigi tersebut agaikan memagari mulut si kapas. So makanan tak boleh masuk.

Apabila dicari di internet, barulah aku perasan tentang kecacatan gigi arnab. Penyelesaiannya amat mudah. Potong atau cabut.  Untuk mencabut gigi arnab memerlukan kepakaran. DR Vet. yang aku jumpa juga mengatakan beliau tidak pernah mencabut gigi arnab. Jadi aku mengambil keputusan untuk memotong gigi si Kapas. Myself.

Terdapat pelbagai reaksi peminat haiwan tentang pemotongan gigi arnab. Semuanya membuatkan hatiku libang libu. Apa-apapun aku tawakkal. Aku sediakan peralatan. Peralatan utama Pemotong wayar. Selain itu sehelai kain.

Mula-mula aku balut badan si Kapas dengan kain. Bimbang juga kalau siKapas menggelupur. Badan siKapas aku telentangkan. Rupanya siKapas ni cool je. 110% dia cooperate ngan aku. Tap! aku potong gigi bawah. Pastu lagi skali, Tap! akupotong gigi atas. .Keempat-empat batang gigi aku trim. SiKapas ok je. Cuma aku nak ingatkan korang, masa nak potong gigi-gigi tersebut, pastikan lidah arnab selamat

Aku masukkan siKapas kedalam sangkarnya balik. Alhamdulillah, dengan lahapnya beliau makan.




 







Mengurus Induk Enggan Menyusukan Anak.

Anak arnab bergantung seratus peratus kepada susu ibu sehinggalah berusia sebulan. Namun begitu terdapat sesetengah kes, terutamanya ibu arnab yang muda dan pada kelahiran yang sulung, ibu arnab tidak mahu menyusukan anaknya.
Masaalah yang sama turut aku hadapi pertama kalinya pada 21 April lepas. Seekor arnab peliharaan melahirkan anak tanpa dijangka. Tambahan pula ibu muda tersebut langsung tidak menunjukkan tanda untuk beranak. Selepas beranak, ibu muda tersebut langsung tidak menghiraukan anak-anaknya. Untuk menyusu jauh sekali.
Pada mulanya aku berusaha memegang ibu tersebut bagi memberikan kesempatan kepada anak-anaknya menghisap susu. Boringnya!!!!!  Akalku berputar ligat. Idea!!!!
Sebuah kotak baru aku sediakan. Tertutup keseluruhannya beserta pintu yang boleh dibuka tutup. Setiap hari ibu arnab tersebut aku kurung bersama dengan anak-anaknya selama dua jam. So.. Nak tak nak ibu muda tersebut terpaksa berada didalam kotak anaknya. Maka ia memberikan kesempatan buat si anak untuk menyusu